Saturday, January 13, 2018

Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Pendudukan Jepun 



Sejak tahun 1932,golongan tentera telah menguasai politik negara jepun.Pada tahun 1937,golongan tentera telah mula menyerang negara jiran iaitu China.Jepun telah bersekekutu  dengan Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman dan Itali dalam perang dunia kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai oleh British dan Amerika Syarikat.


Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu.Seluruh Tanah Melayu berjaya dikuasai oleh Jepun pada tahun 1942.



                                          





Faktor-faktor Yang Memudahkan Kejayaan Jepun Ialah:


  •  Pihak British kurang bersedia untuk menghadapi serangan tentera Jepun.Mereka menyangka tentera Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan iaitu Singapura kerana pusat pentadbiran British terletak disitu.Sebaliknya,Jepun memulakan seranga dari arah utara iaitu Kelantan dan menakluki negeri-negeri Melayu satu demi satu.

  • Kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang berlaku akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak British

  • Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh pihak British.Pertahanan laut British terlalu lemah,terutamanya selepas dua buah kapal Perang mereka,iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan laut China selatan.

  • Persediaan tentera Jepun yang lengkap kerana mereka bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebekum memulakan serangan.Maklumat-maklumat tentang Kubu British,landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu.

  • Tentera Jepun cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik.Kelebihan ini bertentangan dengan  sikap tentera British yang kurang berdisiplin dan tidak bersemangat.



Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu.

  • Jepun memerintah Tanah Melayu Bercirikan sistem Ktenteraan dengan matlamat utamanya:

Memulihkan keadaan awam.
-Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran penentangan terhadap pemerintahan Barat.Mereka ingin mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia”

Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu

-Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang sedang dilanda oleh jepun pada waktu itu dan menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.

  • Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti yang berikut:
  • 1.       Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera (Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.
    2.       Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah (penasihat) yang bertujuan menggantikan Majlis Negeri.Sebilangan kecil orang Melayu turut menganggotai majlis ini,manakala sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.
    3.       Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
    4.       Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos 1943
 Kesan Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap penduduk Tanah Melayu dari pelbagai aspek seperti sosial,ekonomi dan politik.Kesan pendudukan Jepun adalah seperti berikut.

     Dasar Diskriminasi Kaum
  • Jepun memberikan layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja-Raja Melayu.
  • Pemerintah Jepun memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun
  • Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan peperangan China-Jepun pada tahun 1937 atas sebab orang cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberikan taat setia kepada negara China.
  • Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan untuk mengusir British di India.
  • Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina di Tanah Melayu.
.
        Sosial

  • Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun.Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan  bagi menggantikan bahasa inggeris
  • Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita.Perasaan curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun.
  • Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma.Ramai yang mati akibat kebuluran dan penyakit.
  • Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan sistem perdagangan antarabangsa yang bermasalah.Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan terpaksa bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan utama.
  • Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan dan bekalan perubatan.Keadaan bertambah teruk apabila tentera Jepun merampas makanaan dan ubat-ubatan untuk kegunaan mereka sendiri.
  • Akibat kegansan Kempeitai(polis Jepun),ramai penduduk terutamanya orang cina melarikan diri ke hutan.


Ekonomi

        ·         Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya                              dikuasai  pengusaha eropah dan orang cina
    ·         Penduduk menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi dan harga barangan                  melambung tinggi
     ·         Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas.
     ·         Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan                dan kemusnahan yang berlaku di lombong,ladang dan kilang.
    ·         Nilai mata wang jatuh teruk.Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak                menyebabkan berlaku inflasikerana pada masa yang sama berlaku kekurangan                         barangan di pasaran.
  ·         Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan makanan sendiri seperti            ubi kayu dan keledek bagi menggantikan beras.
             Politik

·        ·         Kemerosotan ekonomi dan kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan
·         Orang Melayu yang mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin bahawa mereka mentadbir negara sendiri.
·         Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkan oleh orang Asia.
·         Penduduk Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu.Pasukan Force 136 telah ditubuhkan oleh tentera Berikat mendapat sokongan penduduk tempatan.Force 136 mendapat kerjasama Pegawai Daerah Hulu Perak,Kapten Mohd Salleh Sulaiman di Perak dan menamakan pasukan gerila sebagai Askar Melayu Setia.Di Pahang pula,Persatuan Melayu Pahang memberikan bantuan kepada Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang dinamakan Wataniah.
·         Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis Malaya(PKM).PKM menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA) yang juga dikenali sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap gerakan yang mewakili semua kaum(melambangkan tiga kaum utama)
·         Hubungan antara Tentera Berikat melalui Force 136 membolehkan MPAJA mendapat latihan ketenteraan,bekalan makanan,senjata dan ubat-ubatan bagi menentang tentera Jepun.



Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada tahun 1944,kekuatan Jepun mula terancam.Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun.Pada pertengahan tahun 1945,tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan ingin mendapatkan semula Tanah Melayu.Namun,Jepun menyerah kalah sebelum serangan dilakukan.Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan pengeboman ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun,iaitu Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.


Gerakan Komunis di Tanah Melayu

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 atas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia.Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di Tanah Melayu.PKM perlu mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India.Namun,PKM hanya mendapat sokongan orang Cina kerana permusuhan antara negara China dengan Jepun.Ketika pendudukan Jepun,PKM menjadi lebih kuat kerana mereka bermuafakat dengan British untuk menentang Jepun.PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA).

Dalam tempoh dua minggu,pihak British menduuduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah,PKM melalui MPAJA ataupun bintang tiga telah keluar dari tempat persembunyian dan merampas senjata tentera Jepun dan Tentera Kebangsaan India.Mereka juga menimbulkan huru-hara dan menguasai Tanah Melayu.Mereka juga melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai cara membalas dendam akibat layanan baik yang diterima oleh orang Melayu semasa pendudukan Jepun.

No comments:

Post a Comment