Pendudukan Jepun
Sejak tahun 1932,golongan tentera telah menguasai politik negara jepun.Pada tahun 1937,golongan tentera telah mula menyerang negara jiran iaitu China.Jepun telah bersekekutu dengan Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman dan Itali dalam perang dunia kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai oleh British dan Amerika Syarikat.
Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu.Seluruh Tanah Melayu berjaya dikuasai oleh Jepun pada tahun 1942.
Faktor-faktor Yang Memudahkan Kejayaan Jepun Ialah:
- Pihak British kurang bersedia untuk menghadapi serangan tentera Jepun.Mereka menyangka tentera Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan iaitu Singapura kerana pusat pentadbiran British terletak disitu.Sebaliknya,Jepun memulakan seranga dari arah utara iaitu Kelantan dan menakluki negeri-negeri Melayu satu demi satu.
- Kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang berlaku akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak British
- Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh pihak British.Pertahanan laut British terlalu lemah,terutamanya selepas dua buah kapal Perang mereka,iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan laut China selatan.
- Persediaan tentera Jepun yang lengkap kerana mereka bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebekum memulakan serangan.Maklumat-maklumat tentang Kubu British,landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu.
- Tentera Jepun cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik.Kelebihan ini bertentangan dengan sikap tentera British yang kurang berdisiplin dan tidak bersemangat.
Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu.
- Jepun memerintah Tanah Melayu Bercirikan sistem Ktenteraan dengan matlamat utamanya:
Memulihkan keadaan awam.
-Jepun ingin memulihkan keadaan
masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran
penentangan terhadap pemerintahan Barat.Mereka ingin mewujudkan pemerintahan
“Asia Untuk Orang Asia”
Memonopoli sumber ekonomi di
Tanah Melayu
-Jepun ingin menggunakan hasil
ekonomi untuk membantu masalah ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang
sedang dilanda oleh jepun pada waktu itu dan menanggung pembiayaan
tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.Pembiayaan adalah
dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.
- Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti yang berikut:
- 1. Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera (Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.2. Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah (penasihat) yang bertujuan menggantikan Majlis Negeri.Sebilangan kecil orang Melayu turut menganggotai majlis ini,manakala sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.3. Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.4. Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos 1943
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap penduduk Tanah Melayu dari pelbagai aspek seperti sosial,ekonomi dan politik.Kesan pendudukan Jepun adalah seperti berikut.
Dasar Diskriminasi Kaum
- Jepun memberikan layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja-Raja Melayu.
- Pemerintah Jepun memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun
- Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan peperangan China-Jepun pada tahun 1937 atas sebab orang cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberikan taat setia kepada negara China.
- Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan untuk mengusir British di India.
- Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina di Tanah Melayu.
Sosial
- Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun.Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan bagi menggantikan bahasa inggeris
- Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita.Perasaan curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun.
- Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma.Ramai yang mati akibat kebuluran dan penyakit.
- Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan sistem perdagangan antarabangsa yang bermasalah.Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan terpaksa bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan utama.
- Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan dan bekalan perubatan.Keadaan bertambah teruk apabila tentera Jepun merampas makanaan dan ubat-ubatan untuk kegunaan mereka sendiri.
- Akibat kegansan Kempeitai(polis Jepun),ramai penduduk terutamanya orang cina melarikan diri ke hutan.
Ekonomi
· Penduduk menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi dan harga barangan melambung tinggi
· Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas.
· Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di lombong,ladang dan kilang.
· Nilai mata wang jatuh teruk.Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak menyebabkan berlaku inflasikerana pada masa yang sama berlaku kekurangan barangan di pasaran.
· Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu dan keledek bagi menggantikan beras.
· ·
Kemerosotan ekonomi dan kekejaman Jepun
menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah dan mencapai
kemerdekaan
·
Orang Melayu yang mendapat peluang dan
pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin bahawa mereka mentadbir negara
sendiri.
·
Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa
pihak British apabila dikalahkan oleh orang Asia.
·
Penduduk Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme
penduduk Tanah Melayu.Pasukan Force 136 telah ditubuhkan oleh tentera Berikat
mendapat sokongan penduduk tempatan.Force 136 mendapat kerjasama Pegawai Daerah
Hulu Perak,Kapten Mohd Salleh Sulaiman di Perak dan menamakan pasukan gerila
sebagai Askar Melayu Setia.Di Pahang pula,Persatuan Melayu Pahang memberikan
bantuan kepada Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang dinamakan Wataniah.
·
Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis
Malaya(PKM).PKM menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA) yang juga
dikenali sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap gerakan yang mewakili semua
kaum(melambangkan tiga kaum utama)
·
Hubungan antara Tentera Berikat melalui Force
136 membolehkan MPAJA mendapat latihan ketenteraan,bekalan makanan,senjata dan
ubat-ubatan bagi menentang tentera Jepun.
Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada tahun 1944,kekuatan Jepun mula terancam.Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun.Pada pertengahan tahun 1945,tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan ingin mendapatkan semula Tanah Melayu.Namun,Jepun menyerah kalah sebelum serangan dilakukan.Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan pengeboman ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun,iaitu Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada tahun 1944,kekuatan Jepun mula terancam.Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun.Pada pertengahan tahun 1945,tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan ingin mendapatkan semula Tanah Melayu.Namun,Jepun menyerah kalah sebelum serangan dilakukan.Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan pengeboman ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun,iaitu Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Gerakan Komunis di Tanah Melayu
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 atas
arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia.Tujuan
penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di Tanah Melayu.PKM perlu
mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India.Namun,PKM hanya mendapat
sokongan orang Cina kerana permusuhan antara negara China dengan Jepun.Ketika
pendudukan Jepun,PKM menjadi lebih kuat kerana mereka bermuafakat dengan
British untuk menentang Jepun.PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan
People Anti-Japanese Army(MPAJA).
Dalam tempoh dua minggu,pihak British menduuduki semula
Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah,PKM melalui MPAJA ataupun bintang tiga
telah keluar dari tempat persembunyian dan merampas senjata tentera Jepun dan
Tentera Kebangsaan India.Mereka juga menimbulkan huru-hara dan menguasai Tanah
Melayu.Mereka juga melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai cara
membalas dendam akibat layanan baik yang diterima oleh orang Melayu semasa
pendudukan Jepun.